Sunday, September 13, 2009

ReSipi TradisiKu, Manuk PanSuh....

Semperna bulan ramadhan ini, dengan bangganya saya ingin berkongsi resipi dari tempat kelahiran saya iaitu “manuk pansuh” atau dalam bahasa melayunya “ayam dalam buluh”. Manuk pansuh ini dimasak atau lebih tepat lagi kita panggil dibakar menggunakan kayu api tapi lebih bagus lagi kalau menggunakan arang kayu sahaja. Kerana menggunakan kayu api agak sukar untuk kita mengawal apinya yang marak. Bukan apa cuma takut ayam itu bertukar nama pula nanti, dari “ayam dalam buluh” kepada “ayam rentung dalam buluh”. Prosesnya sama seperti kita membakar Lemang juga.


Kenapa menggunakan buluh? Alasannya mudah saja, buluh banyak,murah dan mudah didapati di dalam hutan negeri Sarawak. Bila kita mendapat hasil daripada berburu dan terasa lapar. Apa yang perlu kita buat ialah memotong buluh untuk dijadikan bekas untuk memasak makanan. Masak menggunakan buluh akan mengeluarkan aroma yang tersendiri, harum dan unik. Apatah lagi jika diperap dengan menggunakan resipi rahsia. Rahsianya terletak pada rempah masakan traditonal yang kita akan gunakan nanti.


Proses menyediakan masakan ini sangat mudah dan ringkas sahaja. Mula-mula carilah buluh yang sesuai. Biasa kita menggunakan buluh lemang kerana kulitnya tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis. Ruang di dalamnya juga luas untuk memasukan ayam atau apa-apa sahaja masakan yang ingin kita masak.


Ingin mencuba sesuatu yang baru? Cubalah masakan ini, untuk mendapatkan resipi "manuk pansuh" sila layar http://heromanztika.blogspot.com/.

0 comments:

Post a Comment