Tuesday, September 15, 2009

BerSama HentiKan H1N1...


Ketika umat islam sibuk untuk merancang balik kampung untuk beraya, banyak lagi perkara yang kita perlu pastikan sebelum kita meninggalkan rumah. Antaranya ialah merancang jadual perjalanan, memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan sebagainya.

Namun berikutan daripada pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi.

Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican menyarankan orang ramai yang ingin balik ke kampung menyediakan "kit H1N1". Kit itu mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi.

"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai pencuci tangan antikuman, topeng penutup mulut serta hidung dan tisu," katanya semalam.

Orang ramai juga diminta agar menghadkan pertemuaan dan pergaulan ketika bercuti dan menggunakan topeng serta kerap mencuci tangan.

"Namun, jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, mereka perlu memakai penutup hidung serta mulut bermula dari saat menunggu di kawasan terminal sehingga berlepas, selain mengamalkan kebersihan tangan sepanjang masa," katanya.

Sumber dipetik daripada: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment