Tuesday, October 6, 2009

AGIHAN RUMAH SUKAN GURU-GURU SKTP

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI JADI NEGARAKU MALAYSIA



HARI INI DALAM SEJARAH: HARI MALAYSIA

Tanggal 16 september 1963, Sarawak, Sabah, Singapura bersama-sama Malaya telah bergabung membentuk sebuah negara yang bernama "Malaysia" iaitu negara kita tercinta. Dengan Jalur Gemilang menjadi bendera kita lambang negara Malaysia.

Kini 16 september 2009, genaplah sudah 46 tahun negara kita Malaysia dibentuk. Bersama-samalah kita meraihkannya.

Ada pendapat yang meminta agar tarikh 16 september ataupun Hari Malaysia ini dijadikan cuti umum dan diiktiraf sama seperti pentingnya dengan tarikh 31 ogos iaitu Hari Kemerdekaan negara kita. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia setuju? Ikutilah pandangan saya sebagai anak Malaysia tentang 16 september yang bertajuk "HaRi ini DaLam SeJaRah NeGeRiKu SaRaWak, NeGaRaKu MaLaYsia" di http://heromanztika.blogspot.com/

Tuesday, September 15, 2009

KIT H1N1



Inilah contoh "kit H1N1". Kit ini mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri dan ianya boleh dibeli di farmasi.


BerSama HentiKan H1N1...


Ketika umat islam sibuk untuk merancang balik kampung untuk beraya, banyak lagi perkara yang kita perlu pastikan sebelum kita meninggalkan rumah. Antaranya ialah merancang jadual perjalanan, memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan sebagainya.

Namun berikutan daripada pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi.

Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican menyarankan orang ramai yang ingin balik ke kampung menyediakan "kit H1N1". Kit itu mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi.

"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai pencuci tangan antikuman, topeng penutup mulut serta hidung dan tisu," katanya semalam.

Orang ramai juga diminta agar menghadkan pertemuaan dan pergaulan ketika bercuti dan menggunakan topeng serta kerap mencuci tangan.

"Namun, jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, mereka perlu memakai penutup hidung serta mulut bermula dari saat menunggu di kawasan terminal sehingga berlepas, selain mengamalkan kebersihan tangan sepanjang masa," katanya.

Sumber dipetik daripada: Berita Harian

Sunday, September 13, 2009

ReSipi TradisiKu, Manuk PanSuh....

Semperna bulan ramadhan ini, dengan bangganya saya ingin berkongsi resipi dari tempat kelahiran saya iaitu “manuk pansuh” atau dalam bahasa melayunya “ayam dalam buluh”. Manuk pansuh ini dimasak atau lebih tepat lagi kita panggil dibakar menggunakan kayu api tapi lebih bagus lagi kalau menggunakan arang kayu sahaja. Kerana menggunakan kayu api agak sukar untuk kita mengawal apinya yang marak. Bukan apa cuma takut ayam itu bertukar nama pula nanti, dari “ayam dalam buluh” kepada “ayam rentung dalam buluh”. Prosesnya sama seperti kita membakar Lemang juga.


Kenapa menggunakan buluh? Alasannya mudah saja, buluh banyak,murah dan mudah didapati di dalam hutan negeri Sarawak. Bila kita mendapat hasil daripada berburu dan terasa lapar. Apa yang perlu kita buat ialah memotong buluh untuk dijadikan bekas untuk memasak makanan. Masak menggunakan buluh akan mengeluarkan aroma yang tersendiri, harum dan unik. Apatah lagi jika diperap dengan menggunakan resipi rahsia. Rahsianya terletak pada rempah masakan traditonal yang kita akan gunakan nanti.


Proses menyediakan masakan ini sangat mudah dan ringkas sahaja. Mula-mula carilah buluh yang sesuai. Biasa kita menggunakan buluh lemang kerana kulitnya tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis. Ruang di dalamnya juga luas untuk memasukan ayam atau apa-apa sahaja masakan yang ingin kita masak.


Ingin mencuba sesuatu yang baru? Cubalah masakan ini, untuk mendapatkan resipi "manuk pansuh" sila layar http://heromanztika.blogspot.com/.

Friday, September 11, 2009

SaLam LembaRan.......




















Ucapan ini Khas buat Kengkawan yang sama tempat kerja (warga SK Taman Perling, Johor Bahru), warga Jabatan Pelajaran Negeri Johor, warga Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Kengkawan J1K 103, Rakan MPTAR ambilan 2003-2005, murid-murid yang disayangi, jiran-jiran tertangga & seluruh Rakyat 1Malaysia yang beragama islam.

Kalau buat rumah terbuka tu jangan lupe jemput saya yer. (Dalam hatiku berkata, "hahaha, Muke tak malu betul aku ni.")

MENUNGGU ANAK BULAN YANG TIDAK KUNJUNG TIBA....



"Tangan dihulurkan, Maaf dipinta"
kepada warga Sk Taman Perling, classmate J!K 103, Rakan-rakan yang mengenali HeRoManZo dan tidak dilupakan kepada murid-murid Sk Taman Perling, Johor Bahru yang dikasihi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi memberikan Cikgu kad raya. Hehehe, biarpun ramai yang tahu cikgu ni bukan beragama muslim. Dah hampir 5 tahun cikgu mengajar kat Sk Taman Perling ni tapi masih ada lagi murid-murid yang keliru tentang status agama cikgu. Untuk makluman murid-murid SKTP, cikgu ni kaum iban yang berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang dan beragama Kristian.

**Nantilah Cikgu bagi promote biodata Cikgu kat blog nie. Jangan lupe hebah2kan kepada seluruh penduduk Johor yer. "Makin Naiklah ranking blog ni nanti.huhu...." mudah-mudahan, amin.

Nantikan kemunculan yang pasti GemPaqLah dalam Blog ini. Come soon @ http://heromanztika.blogspot.com/....